-->

Pemilik kedai sandwic berkongsi kisah seorang wanita membeli bekalan makanan selama seminggu untuk gelandangan


Siapa sangka tindakan seorang wanita mampu mengubah nasib seorang gelandangan lelaki menjadi lebih baik?
Baru-baru ini, seorang wanita yang menggelar dirinya sebagai Bev melihat seorang gelandangan lelaki tidur dalam kedinginan di hentian bas di Manchester, England.
Bev memutuskan untuk singgah di kedai sandwic Baguettes of Broadway yang berdekatan dan memberitahu mereka tentang gelandangan tersebut. Bev menghulurkan wang berjumlah RM80.00 supaya mereka dapat menyediakan sarapan dan minuman panas selama seminggu untuk gelandangan tersebut.
Tulis Egan:
“Hari ini seorang wanita datang ke kedai kami dan bertanyakan bolehkah dia membayar RM80.00 supaya gelandangan yang dilihatnya tidur di hentian bas di Broadway boleh makan sepanjang minggu itu.
Sudah tentu kami menerimanya dan akan memberi makan kepada gelandangan itu. Saya tidak tahu nama penuh wanita ini dan hanya dikenali sebagai Bev.
Perkara itu menyentuh hati saya dan saya fikir tindakan murninya itu perlu diberi pengiktirafan. Bukannya sukar untuk membantu seseorang yang memerlukan bantuan jadi kami berusaha sebaik mungkin supaya gelandangan itu mendapat makanan daripada sumbangan Bev.
Izinkan kami berkongsi catatan ini dan dapatkan lebih ramai orang lagi yang membantu tanpa mengharapkan balasan.”

Walau bagaimanapun kisah tersebut tidak berakhir di situ kerana Bev kemudiannya menyedari bahawa gelandangan lelaki itu kelihatan tidak asing baginya. Lelaki itu adalah abang kepada bekas rakan sekerjanya!
Menurut Egan selepas 24 jam catatan tersebut tular di media sosial, mereka mendapat berita baik yang tidak disangka-sangka.
Semasa mereka berbual dan mendapatkan maklumat, Bev menyedari dia sebenarnya tahu keluarga gelandangan tersebut dan ke mana mereka telah berpindah. Bev berjaya menghubungi mereka dan mereka terus datang ke Broadway untuk mendapatkan ahli keluarga yang telah terpisah itu. Kini, gelandangan tersebut telah selamat bersama ahli keluarganya serta mendapat perlindungan yang sewajarnya.
Lantaran daripada kejadian itu, netizen bersama-sama mewujudkan sebuah halaman untuk mengutip derma supaya dapat membantu gelandangan tersebut.
Kata Egan lagi, “Ini menunjukkan dunia ini adalah sebuah tempat yang kecil dan kita semua perlu membantu antara satu sama lain tidak kira besar atau kecil bantuan tersebut.”

0 Response to "Pemilik kedai sandwic berkongsi kisah seorang wanita membeli bekalan makanan selama seminggu untuk gelandangan"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel